RichWorks International Sdn Bhd

  • RichQ, No.77 Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor
  • https://richworks.com/

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang keusahawanan, pemasaran dan personal development.
Sejak tahun 2008, RichWorks telah melatih lebih daripada 10,000 syarikat melalui MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman selama 13 tahun dan menarik lebih daripada 1.1 juta peserta dalam lebih dari 1,500 acara langsung dan seminar virtual online. RichWorks juga telah membantu membina ribuan usahawan dan jutawan berjaya melalui formula kejayaan yang mudah, realistik dan terbukti dengan Proven Success Results.

Berpengalaman dalam bidang pemasaran, kepimpinan, perniagaan dan keusahawanan, terutama di kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), RichWorks mampu membina usahawan dan perniagaan bermula dengan jualan dari zero hingga berjuta-juta dalam masa 6-24 bulan melalui strategi perniagaan, program bimbingan dan formula terbukti berjaya.

Visi RichWorks adalah menjadi ‘NETFLIX’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang tahun 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform virtual online – Richworks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada masyarakat di seluruh dunia.